Sabtu, 26 Mac 2011

Gastrik ( Barah Perut ) dan Merebak Menjadi Kanser Usus

Tabiat Pemakanan Yg Tidak Sihat 

 Ini desebabkan slah makan, makan ikut suke je,skip sarapan pagi, salah ambil sarapan pagi... nie lah akibatnya... makanlah ikut tekak,ambil mudah je,bg mcm2 alasan,akhirnya rosak badan... Allah pun jadi Murka pd hambanya... jadi kanser usus... tapi nielah kenyataanya risiko yg rakyat malaysia tengah hadapi sekarang dengan xtau nak makan makanan yg betol...simptom awal hanyalah gastrik sahaja, then boleh menjadi kanser.. Hospital pun dah x mampu nak tampung pesakit..Bukankah badan kita punya hak untuk dia dapat ape yg sepatutnya dia dapat...Dia jugak yg berkhidmat untuk kita jalani hari2 di dunia... tanpa sel2,organ yg sihat macam mane kita nak mencari rezeki,beribadat??? sakit nye hanya Allah je tahu...bagi anda yg dah tgk forward pd rakan2 lain.. same2 kita menyebarkan ilmu yg baik...tanya saya bagaimana untuk mengelakkannya... Wellness Coach ( Cik Nurul Andhani )

Barah perut ( Gastrik )


Dari segi perubatan, barah perut (juga dikenali sebagai barah gastrik) boleh terbentuk pada sebarang bahagian perut dan boleh merebak keseluruh perut dan organ lain. Barah perut boleh tumbuh sepanjang dinding perut ke esofagus atau usus kecil.
Ia juga boleh menjalar sepanjang dinding perut dan merebak ke nod limfa berhampiran dan kepada organ seperti hati, pankreas, dan kolon. Barah perut juga mampu merebak ke organ jauh, seperti paru-paru, nod lymph atas tulang selangka (collar bone), dan ovari.

Gambaran perut
Apabila barah merebak kebahagian lain tubuh, tumur baru yang mempunyai sel tidak normal yang sama dan nama yang sama dengan tumor utama. Sebagai contoh, jika barah perut merebak kepada hati, sel barah di hati adalah sel barah perut dan penyakit ini dikenali sebagai barah perut metastatik, bukannya barah hati.
Masalah utama barah perut adalah apabila ia merebak kepada ovari; tumor dalam ovari dikenali sebagai tumor Krukenberg. Tumor ini, dinamakan sempena nama doktor pertama yang menggambarkannya, bukanlah penyakit, ia adalah barah perut metastatik - sel barah di tumor Krukenberg adalah sel barah perut, sama seperti sel barah dalam tumor utama.

Epidemiologi

Barah perut berleluasa di China, Jepun, Korea, dan negara Asia dan Amerika Selatan, berbanding Amerika Syarikat.

Gejala

Barah perut boleh jadi sukar dikesan. Selalunya tidak terdapat tanda pada tahap awal dan, dalam kebanyakan kes, barah tersebut telah merebak sebelum ia disedari. Apabila gejala berlaku, ia begitu kabur sehinggakan pesakit tidak mengindahkannya. Barah perut boleh menyebabkan yang berikut:
Sebarang simptom ini mungkin disebabkan oleh barah atau masalah kesihatan yang kurang serius lain, seperti virus perut atau ulser. Mereka yang mempunyai gejala sebegini perlu merawat masalah penghadaman.